Monday 16 March 2015

Gambar Laluan dan Test Track 15 Mac 2015

Antara laluan yang bakal dilalui oleh peserta MEMPAGA MTB JAMBOREE 2015 yang bakal berlangsung pada 22 Mac 2015 ini.

Serta gambar kenangan bersama pelumba dari Team Bentong Xtreme Cyclist semasa uji trek 15 Mac 2015.


































Terima kasih Mr. San and team....

Thursday 12 March 2015

TEST TREK

Salam sejahtera,

kepada peserta MEMPAGA MTB JAMBOREE 2015 sukacita dimaklumkan bahawa TEST TREK akan diadakan seperti berikut:-

TARIKH : 15 MAC 2015 ( AHAD )

MASA : 8.30 PAGI

TEMPAT : DATARAN MEMPAGA

sila berkumpul pada waktu yang telah ditetapkan di Dataran Mempaga.

Sekian, dimaklumkan.

Terima kasih.

Admin

Monday 9 March 2015

Layout MEMPAGA MTB JAMBOREE 2015


21 MAC 2015 ( SABTU ) PENDAFTARAN GOODIES BAG DI KOMPLEKS SUKAN DAN KOMUNITI. ( RUJUK ATURCARA PADA SUB MENU)

Thursday 5 March 2015

PENDAFTARAN MEMPAGA MTB JAMBOREE 2015 MASIH DIBUKA.



Kepada peminat MTB yg masih belum mendaftar penyertaan masih blh berbuat demikian dgn menghantar maklumat spt nama, ic, saiz dan nama team secara Whatsapp @ SMS ke 010-201 7735 selewat2nya pada 10 MAC 2015. Yuran RM54/org shj.

Bagi penyertaan dengan yuran RM30 TANPA T-Shirt,  pendaftaran akan dibuka sehingga 21 Mac 2015 iaitu sehingga hari pendaftaran goodies di Dataran Felda Mempaga.

Terima kasih.

Monday 2 March 2015

PENDAFTARAN SELEPAS TARIKH TUTUP .....

Salam Sejahtera,

Kepada peminat MTB yg berminat dan masih belum mendaftarkan penyertaan. Tuan/Puan boleh mendaftar dengan menghantarkan maklumat nama, No. KP/No. Passport, Nama Team dan Saiz T-Shirt ke 010-201 7735 secara SMS @ Whatsapp.

Namun begitu, pihak penganjur akan cuba sedaya upaya untuk memberikan saiz T-Shirt yang telah didaftarkan atau sekiranya T-Shirt telah kehabisan stok pihak penganjur akan memaklumkan kepada tuan/puan dan membuat penghantaran secara pos selepas Kejohanan berlangsung.

Kepada peserta yang masih belum membuat pembayaran yuran diminta berbuat demikian dengan kadar SEGERA dan memaklumkan secara MMS @ Whatsapp ke 010-201 7735 @ emailkan slip tersebut ke mempagamtb@gmail.com.

Kepada yang telah mendaftar dan membuat bayaran sepenuhnya terima kasih diucapkan atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan. Senarai nama akan sentiasa dikemaskini di dalam blog ini.

Sekian, dimaklumkan.

Admin

Tuesday 24 February 2015

TARIKH AKHIR DAFTAR DILANJUTKAN...!!!!

Adalah dimaklumkan bahawa, penganjur telah melanjutkan tarikh pendaftaran sehingga pada 28 Februari 2015.

Bagi yang belum mendaftar boleh berbuat demikian samada pendaftaran online atau Whatsapp ke 010-201 7735 atau email ke mempagamtb@gmail.com

Harap maklum.

Admin


Wednesday 28 January 2015

PENGINAPAN DI DAERAH BENTONG















 

Bagi peserta-peserta luar dari Daerah Bentong, Pahang. Tempat penginapan yang terdekat dengan Felda Mempaga 1 ialah di bandar Bentong.

Berikut adalah maklumat hotel di bandar Bentong:-

1. Tras Mutiara Hotel Bentong

    P.22, Jalan MG2 (off Jalan Tras)
    Pusat Perniagaan Mutiara Gemilang, Bentong, Pahang
    Tel: 09-222 7788

2. Hotel Kristal
    Jalan Chan Siang Sun
    Bentong, Pahang
    09-223 2118


 reception
3. EV World Hotel Bentong
   Jalan Loke Yew
   Bentong, Pahang
   09-222 9929
 
4. Tanah Aina Fareena
    8, Jalan Tras, 27600 Raub, Pahang   012-356 4717

Sunday 25 January 2015

REBET YURAN....

PERHATIAN !!!

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Penganjur berbesar hati ingin memberikan rebet kepada yuran penyertaan untuk semua peminar tegar MTB.

RM 54 / ORG

Bagi penyertaan berkumpulan seramai 15org hanya perlu membayar yuran sebanyak RM800 sahaja. Rebet RM100 telah diberikan bagi penyertaan tersebut.

JADI, apa tunggu lagi rebutlah peluang keemasan ini bagi memenangi hadiah wang tunai yang telah disediakan oleh penganjur dan juga cabutan bertuah, siapa tahu anda mungkin JUARA !!!

Pendaftaran secara Whatsapp boleh dilakukan sekiranya pendaftaran online menghadapi masalah. SILA hantarkan maklumat berikut ke 010-201 7735. 

  1. Nama
  2. No. Mykad/Passport
  3. No. HP
  4. Nama Team
  5. Saiz T-Shirt 
  6. *Kategori (Taip OPEN / JR / VET / MAS / WMN )
  7. Slip bayaran berkumpulan
* Kategori

1. OPEN - LELAKI TERBUKA
2. JR -  LELAKI REMAJA BWH 18 THN
3. VET - LELAKI VETERAN 50 THN KE ATAS
4. MAS - LELAKI MASTER 40-49 THN
5. WMN - WANITA TERBUKA


TARIKH TUTUP PENYERTAAN 23 FEBRUARI 2015


Tuesday 13 January 2015

Hadiah Wang Tunai Telah Bertambah....!!!

Kepada pengunjung setia, pihak Penganjur telah berbesar hati menambah lagi hadiah wang tunai untuk dimenangi....Klik Hadiah untuk melihat butiran penuh maklumat hadiah wang tunai tersebut.

Kepada bakal peserta yang belum membuat pendaftaran, jangan tunggu lagi..daftar segera kerana ANDA mungkin pemenang hadiah wang tunai tersebut....!!!